Hello Peeps! Welcome to the Satur Day Stories Follow me and leave your footprints │FollowDashboard
Satur Day Heart
✿ Cinta itu ? ✿
Thursday 26 January 2012 | 09:11 | 0 star
Assalammualaikum . 
Sudah menjadi adat kalau orang bercinta , Gaduh ala-2 hindustan sudah semestinya ? Cuba akak dan abang bayangkan ikatan perkahwinan pon boleh terputus inikan pula sepasang kekasih yang tiada ikatan yang kukuh . Dengan alasan cinta mereka tidak seindah yang mereka jangkakan pada awalnya .Cinta ini memang sukar untuk fahami . Susah untuk diterjemahkan apa maksud Cinta yang sebenarnya , tapi yakinlah bahawa datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan.Kita selalu dengar , Cinta sesama manusia tidak kekal mananya , tapi Cinta kepada-Nya kekal selama-lamanya .Cinta bukan untuk tatapan sesama , tapi ianya untuk kita memandang ke luar yang sama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta illahi agar hubungan itu diredhai-NyaMungkin ada yang pernah rasakan situasi sebegini . Sungguh pahit untuk ditelan , dan sungguh sakit untuk diubati , Menyangkakan Panas hingga ke petang rupanya Hujan ditengahari . Sedih bukan kalau kita merasakan penderitaan yang mungkin meninggalkan kesan yang lama . Senyum lah kalau itu cara yang membolehkan kita menutupi semua kekecewaan yang telah kita hadapi sehingga hari ini .

Tip ! harap korang suka ? :)

1. Dekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan membaca Ayat suci Al-Quran .
2. Lakukan sebanyak mungkin kerja yang membolehkan kita lupa akan dirinyaa ? :)
3. Keluar bersama kawan-kawan atau Family .
4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran Positif .
5. Pergi ke tempat yang boleh tenang kan jiwa korang .


Sudah baca ? sikit kan . Sorry mood ke Jiwang . peace !

| NEWER POST